Ahad, 8 Mei 2011

FRIENDSHIP'S DAY

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia yang diberikan oleh-Nya, dapatlah kiranya kami berganding bahu, bekerjasama menganjurkan program yang dinamakan “Friendship’s Day”. Satu program anjuran bersama antara Panitia Bahasa Inggeris dan Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Kebangsaan Tempoyang.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan. Ianya telah mendapat sambutan yang hangat dikalangan murid sekolah terutamanya murid di tahap dua. Ianya telah melebihi 100 jualan. Terima kasih kepada semua murid yang memberi sokongan.
Sekalung budi dan ucapan terima kasih jua diucapkan kepada Puan Guru Besar iaitu Puan Norizan Bt. Yusof yang banyak memberi  dorongan dan nasihat kepada “Teamwork” kami dan juga guru-guru lain yang banyak memberikan galakan.
Harapan agar di masa akan datang, kami dapat menganjurkan program yang lebih baik daripada ini dan dapat memberi  manfaat dan faedah kepada semua terutama murid SK. Tempoyang.
SEKIAN TERIMA KASIH

Yang ikhlas,

Mohd Firdaus bin Mustafa
Guru Penyelaras Media,
SK. Tempoyang ,
Kuala Lipis.




 AKtiviti Pertama ( 8 & 9 Feb 2011 )


Aktiviti menyediakan Poster dan menampal poster di sekitar kawasan sekolah.       ( di Blok Pentadbiran, Blok Ilmu dan kantin )



 POSTER 1

 POSTER 2

 MELUKIS BANNER

 BANNER YANG TELAH SIAP DIWARNAKAN
SETERUSNYA;

Aktiviti Kedua ( 10, 11 dan 14 Feb 2011)
Tiga hari ini adalah merupakan pembukaan gerai jualan bagi Hari Persahabatan yang diadakan. Dibuka pada waktu rehat dan ianya dikendalikan oleh Cikgu Norlaila, Cikgu Nadia dan Cikgu Mohd Firdaus. Turut dibantu oleh pengawas pusat sumber sekolah. Ianya cukup meriah dan menyeronokkan. Murid-murid mula mengerumuni gerai jualan kami. Sampai tidak cukup tangan dibuatnya. Sepanjang tiga hari gerai jualan dibuka, kami telah mendapat tempahan sebanyak  157 tempahan. Nampaknya program ini begitu mendapat galakkan daripada murid-murid SK Tempoyang. Terima kasih sangat_sangat yea...


INILAH DIA ANTARA GURU-GURU YANG TELAH MENGHULURKAN BANTUAN

DI BAWAH INI ADALAH BARANG-BARANG YANG DIJUAL SEMASA FRIENDSHIP'S DAY NI

EPAL RANGUP

KEY-CHAIN

CHOCOLATES DAN MUFFIN

BOOKMARK-PENANDA BUKU

CHOCOLATES YANG PELBAGAI GAMBAR..

PENANDA BUKU YANG TELAH DISUSUN MENGIKUT ABJAD BAGI MEMUDAHKAN TEMPAHAN DARI MURID.

Aktiviti ketiga (15 feb 2011)
 

Seterusnya, apabila tempahan sudah diambil, maka bermulalah tugas kami semua untuk menyediakan barangan tempahan tersebut. Membuat Tag, Balut, Buat Banner, Menulis pada Keychain.


























Aktiviti 4 ( 16 & 17 feb 2011)
Program “30 minutes’ in En glish dimanfaatkan sepenuhnya di mana murid-murid pada setiap tahun dari tahun 1 hingga 6 mengambil bahagian untuk mengadakan persembahan sempena “Friendship’s Day” ini. Nyanyian berkumpulan, Poem, Story Telling dan sebagainya.. Masa yang diperuntukkan selama 30 minit dari pukul 7.40 pg hingga     8.10 pg.






Masa yang dinanti-nantikan telah tiba. Bersama alunan lagu Maher Zain yang dimainkan, cikgu Laila memulakan penyampaian ‘Request” kepada murid-murid. Request ini diadakan pada waktu rehat iaitu pada pukul 10.10pg hingga 10.35pg.






Rumusan dan refleksi Program..
Sepanjang pemerhatian yang dibuat semasa perjalanan dan sehingga berakhirnya program “Friendship’s Day’ ini, keseluruhannya adalah amat memuaskan. Matlamat dan objektif yang telah ditetapkan adalah tercapai. Murid memahami konsep dan mesej yang hendak disampaikan oleh guru kepada mereka. Harapan agar warga SKT terutama murid-murid khasnya, dapat menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam akademik, kokurikulum mahupun sahsiah.
Sehingga berjumpa lagi pada program yang akan dianjurkan pada masa akan datang dengan harapan agar ianya lebih meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak. Insya-Allah.
Terima kasih diucapkan atas semua pihak iaitu guru-guru dan murid-murid yang menyokong dalam menjayakan program “Friendship’s Day” ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan