Rabu, 26 Januari 2011

"PENGENALAN"




SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Tempoyang mula dibina pada tahun 1999. Ia terletak di KM10, Jalan Lipis – Padang Tengku, Kampung Tempoyang, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. SK Tempoyang terletak bersebelahan dengan Institut PerguruanTengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lipis.
            Sekolah ini mula dibuka pada 01 Januari 2001 dengan bilangan murid sebanyak 58 iaitu terdiri daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 5 sahaja. Stafnya pula terdiri daripada 11 guruiaitu 6 lelaki dan 5 perempuan. Seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Am Rendah. SK Tempoyang dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM). Pada 01 Januari 2008, sekolah ini telah dinaik tarap kepada sekolah kategori    Gred B.
            Lencana sekolah ini dicipta oleh Encik Shaifuddin bin Salleh dengan kerjasama guru-guru sekolah ini. Lencana ini la digunakanpada bulan Januari 2001. Pada bulan ini juga lagu ”Ilmu Gemilang Jaya” mula berkumandang sebagai lagu rasmi sekolah. Lagu ini ciptaan Encik Wahiduddin binAbdul Manaf, guru muzik dari SMK Clifford, Kuala Lipis.
            Mulai tahun 2005, prasekolah mula dibuka di sekolah ini dengan bilangan murid seramai 25 orang.  Seorang guru terlatih dan seorang Pembantu Pengasuh Murid disediakan.
            Hasil komitmen dan kerjasama yang memberangsangkan oleh seluruh warga SK Tempoyang, sekolah ini telah mempamerkan kecemerlangan dalam akedemik, kokurikulum, bina insan dan sahsiah pelajar.
            SK Tempoyang hanya mempunyai  3 bangunan iaitu Blok Pentadbiran yang mempunyai tiga tingkat  dan terletak dibahagian  atas kawasan sekolah. Pada aras bawah blok ini menempatkan Koperasi Sekolah, Bilik PJPK, Bilik Rawatan dan Bilik PPDa, Makmal ICT, BilikBOSS, Surau Sekolah, Bilik Wuduk lelaki dan Bilik Wuduk Perempuan. Pada Aras pertama pula menempatkan Bilik Tayangan, pejabat Sekolah, Kelas Pemulihan Khas, Bilik SAL, Stor, Tandas Guru Perempuan dan Tandas Guru Lelaki. Pada Aras ke-2 menempatkan Pusat Sumber Sekolah, Bilik peperiksaan, Bilik Mesyuarat dan BilikHarmoni.
            Blok Ilmu pula mempunyai tiga tingkat dan terletak dibahagian bawah kawasan sekolah. Pada aras bawah menempatkan kelas prasekolah, Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik j-QAF,Tandas Guru Lelaki dan Tandas Murid lelaki. Pada aras pertama pula menempatkan Bilik Guru, Tahun 3UIA, kelas Tahun 2USM, kelas Tahun 1 UUM, Tandas Guru perempuan dan Tandas Muris Perempuan. Pada aras ke-2 pula menempatkan Bilik Seni Visual, Kelas Tahun 6 UTM, Kelas Tahun 5 UMS, Kelas Tahun 4 UKM, Bilik PPSMI dan Bilik Perabot.
Padang sekolah terletak berhadapan dengan bangunan sekolah dan dipisahkan oleh sebatang jalan raya menuju ke SMK Seri Lipis. Semua aktiviti sukan dan permainan di jalankan di sini. SK Tempoyang dan SMK Seri Lipis bekerjasama dalam pelbagai aktiviti seperti sukan tahunan, bola jaring, olahraga, bola baling dan bola tampar. Kebersihan padang juga di jaga bersama kecuali penyelenggaraan diurus sepenuhnya oleh SMK Seri Lipis. Namun, air akan bertakung di tengah-tengah pada apabila hujan turun dengan lebat. Situasi ini menyebabkan banyak aktiviti seperti bola sepak dan hoki tidak dapat dijalankan dengan baik.


PINTU HADAPAN SEKOLAH


PANDANGAN DARI SM SERI LIPIS








TEMPAT LETAK KERETA


BLOK ILMU


KANTIN SEKOLAH


PAVILLION DI HADAPAN BLOK PENTADBIRAN


PANDANGAN BLOK ILMU DARI BLOK PENTADBIRAN


KANTIN DAN BILIK MAKAN GURU





NILAM

PENGENALAN

NILAM : Nadi Ilmu Amalan Membaca adalah merupakan gabungan atau satu adunan bagi semua aktiviti di dalam memberi galakkan kepada pelajar untuk menanam minat membaca dengan diberi pengiktirafan yang bersesuaian. Program ini adalah merupakan satu pendekatan untuk menyemai sikap tabiat membaca dikalangan pelajar. NILAM mula diperkenalkan pada tahun 1998 diperingkat kebangsaan dan ianya adalah wajib disertai oleh semua pelajar sekolah, rendah dan menengah.

OBJEKTIF PROGRAM NILAM SKT

@ Menyemai tabiat murid supaya suka membaca.
@ Menggalakkan sekolah menjana idea yang kreatif dan inovatif untuk menanam tabiat membaca.

MATLAMAT PROGRAM NILAM SKT

Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid Sekolah Kebangsaan Tempoyang Kuala Lipis Pahang.

TIGA ELEMEN PROGRAM NILAM

@ Rekod Membaca ( Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM )
@ Pengesahan Pembacaan ( Guru Kelas mengesahkan rekod bacaan palajar )
@ Pengikirafan ( Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca

KUMPULAN SASARAN

Semua murid-murid SK. Tempoyang

CARTA ORGANISASI



TAHAP PENCAPAIAN

@ Tahap Jauhari
@ Tahap Rakan Pembaca

Tahap Jauhari
Membina kemahiran dan minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Semua pelajar diwajibkan mengikuti galakan membaca tahap Jauhari


SEKOLAH RENDAH 
Jumlah Bacaan Buku
Pengiktirafan
90-179
Gangsa
180-269
Perak
270-359
Emas
360 ke atas
NILAM
SEKOLAH MENENGAH 
Jumlah Bacaan Buku
Pengiktirafan
72-143
Gangsa
144-214
Perak
215-287
Emas
288 ke atas
NILAM

@ Setelah membaca 100 buah buku, pelajar layak memasuki Tahap Rakan Pembaca
@ Pelajar mendapat bimbingan daripada guru. 
@ Pelajar menjalankan aktiviti bercerita, membaca bersama, bicara buku bersama  rakan, keluarga dan jiran.


SISTEM GANJARAN RAKAN PEMBACA

Markah
Pengiktirafan
100-199
Gangsa
200-299
Perak
300-399
Emas
400 ke atas
NILAM


PEMENANG BULANAN NILAM 2011


1. JANUARI 2011

PEMENANG BAGI NILAM BULAN JANUARI 2011
BIL.
NAMA
BIL. BUKU YANG DIBACA
BIL. BUKU TERKUMPUL
01.
NUR AMALINA
 (TAHUN 2 USM)

19

-

02.
MUHAMMAD MUIZZUDDIN            
( TAHUN 3 UIA )

36
-

03.
NUR QISTINA AMALIN
( TAHUN 4 UKM )

09
-

04.
AHMAD NURUDDIN
( TAHUN 5 UMS )

23
-





2. FEBRUARI 2011



PEMENANG BAGI NILAM BULAN FEBRUARI 2011
BIL.
NAMA
BIL. BUKU YANG DIBACA
BIL. BUKU TERKUMPUL
01.
MUHAMMAD ADIL RASYIQ (TAHUN 2 USM)

48

58

02.
MUHAMMAD MUIZZUDDIN            
( TAHUN 3 UIA )

26
62

03.
NUR ZAFIRAH
( TAHUN 4 UKM )

12
19

04.
AHMAD NURUDDIN
( TAHUN 5 UMS )

56
79







3. MAC 2011



PEMENANG BAGI NILAM
BULAN MAC 2011
BIL.
NAMA
BIL. BUKU YANG DIBACA
BIL. BUKU TERKUMPUL
01.
MOHAMAD ANAQI (TAHUN 2 USM)

32

38

02.
NUR RIDWANA AIN           
( TAHUN 3 UIA )

52
56

03.
NUR ZAFIRAH
( TAHUN 4 UKM )

21
40

04.
NUR ADILAH
( TAHUN 5 UMS )

55
55


# PEMBACA PALING BANYAK (TERKUMPUL) = 99 BUAH 
   BUKU : AHMAD NURUDDIN (TAHUN 5 UMS)

# KELAS PALING BANYAK MEMBACA
   (TERKUMPUL) = 578 BUAH BUKU : (TAHUN 3 UIA)

4. APRIL 2011






PEMENANG BAGI NILAM
BULAN APRIL 2011
BIL.
NAMA
BIL. BUKU YANG DIBACA
BIL. BUKU TERKUMPUL
01.
NURUL AUNI SYAKIRAH (TAHUN 3 UIA)

134

150

02.
NUR ZAFIRAH           
( TAHUN 4 UKM )

32
72

03.
NUR AIN HUNAIZAH
( TAHUN 5 UMS )

73
78

04.





# PEMBACA PALING BANYAK (TERKUMPUL) = 150 BUAH 
   BUKU : NURUL AUNI SYAKIRAH (TAHUN 3 UIA )

# KELAS PALING BANYAK MEMBACA
   (TERKUMPUL) = 1063 BUAH BUKU : (TAHUN 3 UIA)