Selasa, 17 Mei 2011

"SAMBUTAN HARI GURU SKT"



Assalamua’laikum wbth..
Kali ini bertemu lagi di ruangan blog ini. Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua warga pendidik khasnya warga pendidik SKT. Tahun ini (2011) dengan temanya “Guru Penjana Transformasi Negara”. SKT telah membuat sambutan sempena Hari Guru peringkat  sekolah pada 16 Mei 2011 (Isnin). Pelbagai aktiviti diadakan dan suasana amat meriah dan menyeronokkan. Guru, murid-murid dan juga staff sekolah turut mengambil bahagian.

Berikut adalah tentatif,  perjalanan program sempena sambutan hari guru 2011:

7.40  : Perhimpunan
            Nyanyian Lagu:
            - Negaraku
            - Negeri Pahang
            - Ilmu Gemilang Jaya
8.00   : - Perutusan Menteri Pelajaran
              Malaysia ( Sila Klik )
              (Guru Besar)
            - Perutusan KPPM ( Sila Klik )
               ( GPK Pentadbiran )
            - Ikrar Guru
            -  Nyanyian Lagu 
                   -  Guru Malaysia
                   -  Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara – Tema Hari Guru 2011
            -  Anugerah Tokoh Guru (dianugerahkan kepada En Shaifuddin bin Salleh-NYDP PIBG 2011/ bekas guru SK Tempoyang)
            - Acara Memotong Kek
9.30     - Aktiviti Sukaneka
10.15    - Rehat
10.45   - Persembahan Murid
            - Pemberian Hadiah Murid kepada Guru dan bersurai.

Setiap aktiviti dan program yang dijalankan tidak akan lengkap sekiranya tiada nadi dan jentera yang menggerakkannya. Justeru dengan nadi dan jentera inilah yang menjadi tonggak dan enjin menjayakan lagi sesebuah program. Berikut adalah jawatankuasa perjalanan program sambutan Hari Guru 2011:


Pengerusi                        :         Pn. Norizan binti Yusof
                                                      (Guru Besar SKT)

N. Pengerusi                   :         En. Shaharoni bin Salleh
                                                      (GPK Ko-Kurikulum)

Setiausaha                      :         Pn. Hjh Salmah binti Alang Ahmad
         
AHLI JAWATANKUASA

Latar Pentas                   :         Pn. Noorsalfaizni binti Mohamed
                                           :         Pn. Malinda binti Umat

Persiapan tempat          :         En. Ahmad Rosli bin Ismail
                                                      (semua guru lelaki)
                     
Brosur                              :         En. Mohd Firdaus bin Mustafa

Siaraya & Doa                :         Ustaz Nik Kamil bin Ab. Hamid

Pengacara Majlis           :         Cik Norlaila binti Mohamed Amin

Persembahan                 :         Pn. Norakmal binti Mohd Jaafar
                                            :         Pn. Nur Afni binti Shamshuddin

Jamuan                            :         Pn. Siti Khadijah binti Abu Bakar
                                           :         Ustazah Salmah binti Abdul Hamid

Permainan                       :         En. Ahmad Taufek bin Abu Daud
                                           :         Pn. Rosdah binti Abd. Majid

Dokumentasi                  :         Pn. Nadia binti Kamaluddin

Hadiah                             :         Cik Nik Dina Nafyza binti NIk Hussin

Jemputan &                    :         En. Shaharoni bin Salleh
Sambutan                        :         Ustaz Aripin bin Bakar

Kawalan Murid               :         En. Yusaimi bin Manaf
                                           :         Pn. Hjh Salmah binti Alang Ahmad

Tidak manis dan indah sekiranya majlis sambutan Hari Guru ini  tiada lagu “Guru Malaysia” yang mewarnai sambutan ini. Turut disusuli dengan nyanyian lagu tema Hari Guru 2011 “ Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”.

Lirik lagu “Guru Malaysia” dan “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”

“Guru Malaysia”
Kami Guru Malaysia
Berikrar dan Berjanji
Mendidik dan Memimpin
Putera Puteri Negara kita

          Pada Seri Paduka
          Kami tumpahkan setia
          Rukunegara Kita
          Panduan hidup kami semua

c/o     Dibidang Pembangunan
          Kami tetap bersama
          Membantu, membina
          Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan.

( Ulang c/o)



“Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”

Bersatu kita menuju paradigma yang baharu
Satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia
Pendidik berkualiti demi mencapai visi
Dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji

Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia

Pendidik berinovasi, menghasilkan kreativiti
Bersedia hadapi cabaran
Arus tanpa sempadan

Pendidik yang berkualiti
Membentuk akhlak terpuji
Mengimbangkan rohani
Jati diri dan jasmani

Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat murni
Satu Malaysia, Satu Malaysia, Satu Malaysia



PENTAS YANG TELAH DIHIAS SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 16 MEI 2011 DAN JUGA BACKDROP CANTIK.




















Isnin, 16 Mei 2011

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PSS 2011


Assalamua’laikum.

Bertemu kembali di ruangan blog Pusat Sumber Sekolah SK Tempoyang ini. Kali ini berbicara tentang Watikah Pelantikan Pengawas yang telah diadakan  pada bulan Mac yang lepas. Sebenarnya watikah pelantikan ini telah lama diadakan di sekolah namun demikian masa tidak mengizinkan untuk membuat catatan aktiviti tersebut di blog ini. Sehingga ke hari ini warga SKT masih lagi tidak berhenti berkerja. Kekangan demi kekangan menyebabkan blog ini tidak dapat diuruskan dan dikemaskini dengan baik. Insya Allah selepas ini mungkin reda sedikit demam di SKT ni.
       
Seramai 20 orang pengawas pusat sumber ini telah menerima lantikan dalam watikah yang diadakan pada 11 Mac lalu. Dengan harapan agar para pengawas PSS SKT selepas ini dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan baik.
       
Berikut adalah jawatankuasa kerja yang bertanggungjawab dalam menjayakan watikah pelantikan pengawas PSS ini:

Pengerusi               :         Pn. Norizan Bt. Yusof
                                              (Guru Besar SK Tempoyang)

N. Pengerusi 1       :         En. Ahmad Rosli b. Ismail
                                               (GPK 1)

N. Pengerusi 2       :         En. Ahmad Taufek b. Abu Daud
                                               (GPK HEM)

Setiausaha              :         En. Mohd Firdaus b. Mustafa
         
AHLI JAWATANKUASA

Brosur                      :         Pn. Noorsalfaizni bt Mohamed
                                    :         Pn. Azizah

Cenderamata        :         Cik Norlaila bt. Mohamed Amin

Siaraya                    :         Ustaz Nik Kamil b. Ab Hamid

Pengacara Majlis :         Cik Norlaila bt. Mohamed Amin

Backdrop                :         Ustazah malinda bt Umat
                                              Pn. Norakmal bt. Mohd Jaafar
                                              Cik Marwani

Watikah                 :         Pn. Salmah bt. Alang Ahmad
                                             Pn. Siti Khadijah bt. Abu Bakar
Persiapan
Pengawas PSS      :         Pn. Rosdah bt. Abd Majid
                                              Pn. Zarina bt. Manja

Dokumentasi        :         Pn. Nadia bt. Kamaluddin

Kawalan Murid    :         En. Yusaimi b. Manaf
                                              Ustaz Aripin b. Bakar

Aturcara majlis pula adalah seperti berikut:

7.40   : Perhimpunan Pelajar
            Nyanyian Lagu
            Negaraku
            Nyanyian Lagu Negeri       Pahang
            Nyanyian LaguSekolah

8.00   : Aluan pengerusi

8.05   : Bacaan Doa

8.10   : Ucapan Guru Besar        (Pn. Norizan bt. Yusof)

8.30   : Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas

8.45   : Bacaan Ikrar Pengawas

9.00   : Bersurai

Senarai nama murid yang telah menerima lantikan baru bagi tahun 2011:

TAHUN 6

1. AHMAD IRFAN B. ABU SAMAH
2. ANDIK SURAYA BT. RAHMAN
3. AZLIN AFIQAH BT. ROZALI
4. IZZUDDIN B. MOHD ZAHARUDDIN
5. MUHAMMAD AKHMAL B. MOHD ARZINI
6. MUHAMMAD KHAIRUL IQBAL B.       SHAMSUL KAMAL
7. NOR ATHIRAH NAJWA BT. ABDUL HAMID
8. NUR SYAFIQAH HANIM BT. ABDUL HALIM
9. NURUL AIN FAZRINA BT. MOHD NAZAM
10. SITI NURAFARHAIN BT. ALIAS


TAHUN 5

1. KHAIRUNNISA ATHIAH BT. MAT KHARI
2. KHAIRUNNISA NATASYA BT. MOHD HELMI
3. MUHAMMAD SYAFIQ B. HASAN
4. MUHAMMAD TAUFIQ FIRDAUS B. MUHAMMAD SHUKRI
5. NASRUL ARIFF B. HASSAN BASRI
6. NUR ADILAH RASYADAH BT. MAT KHARI
7. NUR AINA IZZATI BT. AHMAD ROSLI
8. NURUL AINA BT. OMAR KHIAM


TAHUN 4

1. MUHAMMAD SALIHIN B. ABDUL  RAHMAN
2. NUR QISTINA AMALIN BT. TAUFIK


BARISAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH 2011



PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH MELAFAZKAN IKRAR DALAM MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PSS


















Ahad, 8 Mei 2011

FRIENDSHIP'S DAY

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia yang diberikan oleh-Nya, dapatlah kiranya kami berganding bahu, bekerjasama menganjurkan program yang dinamakan “Friendship’s Day”. Satu program anjuran bersama antara Panitia Bahasa Inggeris dan Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Kebangsaan Tempoyang.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan. Ianya telah mendapat sambutan yang hangat dikalangan murid sekolah terutamanya murid di tahap dua. Ianya telah melebihi 100 jualan. Terima kasih kepada semua murid yang memberi sokongan.
Sekalung budi dan ucapan terima kasih jua diucapkan kepada Puan Guru Besar iaitu Puan Norizan Bt. Yusof yang banyak memberi  dorongan dan nasihat kepada “Teamwork” kami dan juga guru-guru lain yang banyak memberikan galakan.
Harapan agar di masa akan datang, kami dapat menganjurkan program yang lebih baik daripada ini dan dapat memberi  manfaat dan faedah kepada semua terutama murid SK. Tempoyang.
SEKIAN TERIMA KASIH

Yang ikhlas,

Mohd Firdaus bin Mustafa
Guru Penyelaras Media,
SK. Tempoyang ,
Kuala Lipis.




 AKtiviti Pertama ( 8 & 9 Feb 2011 )


Aktiviti menyediakan Poster dan menampal poster di sekitar kawasan sekolah.       ( di Blok Pentadbiran, Blok Ilmu dan kantin )



 POSTER 1

 POSTER 2

 MELUKIS BANNER

 BANNER YANG TELAH SIAP DIWARNAKAN
SETERUSNYA;

Aktiviti Kedua ( 10, 11 dan 14 Feb 2011)
Tiga hari ini adalah merupakan pembukaan gerai jualan bagi Hari Persahabatan yang diadakan. Dibuka pada waktu rehat dan ianya dikendalikan oleh Cikgu Norlaila, Cikgu Nadia dan Cikgu Mohd Firdaus. Turut dibantu oleh pengawas pusat sumber sekolah. Ianya cukup meriah dan menyeronokkan. Murid-murid mula mengerumuni gerai jualan kami. Sampai tidak cukup tangan dibuatnya. Sepanjang tiga hari gerai jualan dibuka, kami telah mendapat tempahan sebanyak  157 tempahan. Nampaknya program ini begitu mendapat galakkan daripada murid-murid SK Tempoyang. Terima kasih sangat_sangat yea...


INILAH DIA ANTARA GURU-GURU YANG TELAH MENGHULURKAN BANTUAN

DI BAWAH INI ADALAH BARANG-BARANG YANG DIJUAL SEMASA FRIENDSHIP'S DAY NI

EPAL RANGUP

KEY-CHAIN

CHOCOLATES DAN MUFFIN

BOOKMARK-PENANDA BUKU

CHOCOLATES YANG PELBAGAI GAMBAR..

PENANDA BUKU YANG TELAH DISUSUN MENGIKUT ABJAD BAGI MEMUDAHKAN TEMPAHAN DARI MURID.

Aktiviti ketiga (15 feb 2011)
 

Seterusnya, apabila tempahan sudah diambil, maka bermulalah tugas kami semua untuk menyediakan barangan tempahan tersebut. Membuat Tag, Balut, Buat Banner, Menulis pada Keychain.


























Aktiviti 4 ( 16 & 17 feb 2011)
Program “30 minutes’ in En glish dimanfaatkan sepenuhnya di mana murid-murid pada setiap tahun dari tahun 1 hingga 6 mengambil bahagian untuk mengadakan persembahan sempena “Friendship’s Day” ini. Nyanyian berkumpulan, Poem, Story Telling dan sebagainya.. Masa yang diperuntukkan selama 30 minit dari pukul 7.40 pg hingga     8.10 pg.






Masa yang dinanti-nantikan telah tiba. Bersama alunan lagu Maher Zain yang dimainkan, cikgu Laila memulakan penyampaian ‘Request” kepada murid-murid. Request ini diadakan pada waktu rehat iaitu pada pukul 10.10pg hingga 10.35pg.






Rumusan dan refleksi Program..
Sepanjang pemerhatian yang dibuat semasa perjalanan dan sehingga berakhirnya program “Friendship’s Day’ ini, keseluruhannya adalah amat memuaskan. Matlamat dan objektif yang telah ditetapkan adalah tercapai. Murid memahami konsep dan mesej yang hendak disampaikan oleh guru kepada mereka. Harapan agar warga SKT terutama murid-murid khasnya, dapat menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam akademik, kokurikulum mahupun sahsiah.
Sehingga berjumpa lagi pada program yang akan dianjurkan pada masa akan datang dengan harapan agar ianya lebih meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak. Insya-Allah.
Terima kasih diucapkan atas semua pihak iaitu guru-guru dan murid-murid yang menyokong dalam menjayakan program “Friendship’s Day” ini.