Rabu, 26 Januari 2011

"PENGENALAN"




SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Tempoyang mula dibina pada tahun 1999. Ia terletak di KM10, Jalan Lipis – Padang Tengku, Kampung Tempoyang, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. SK Tempoyang terletak bersebelahan dengan Institut PerguruanTengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lipis.
            Sekolah ini mula dibuka pada 01 Januari 2001 dengan bilangan murid sebanyak 58 iaitu terdiri daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 5 sahaja. Stafnya pula terdiri daripada 11 guruiaitu 6 lelaki dan 5 perempuan. Seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Am Rendah. SK Tempoyang dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM). Pada 01 Januari 2008, sekolah ini telah dinaik tarap kepada sekolah kategori    Gred B.
            Lencana sekolah ini dicipta oleh Encik Shaifuddin bin Salleh dengan kerjasama guru-guru sekolah ini. Lencana ini la digunakanpada bulan Januari 2001. Pada bulan ini juga lagu ”Ilmu Gemilang Jaya” mula berkumandang sebagai lagu rasmi sekolah. Lagu ini ciptaan Encik Wahiduddin binAbdul Manaf, guru muzik dari SMK Clifford, Kuala Lipis.
            Mulai tahun 2005, prasekolah mula dibuka di sekolah ini dengan bilangan murid seramai 25 orang.  Seorang guru terlatih dan seorang Pembantu Pengasuh Murid disediakan.
            Hasil komitmen dan kerjasama yang memberangsangkan oleh seluruh warga SK Tempoyang, sekolah ini telah mempamerkan kecemerlangan dalam akedemik, kokurikulum, bina insan dan sahsiah pelajar.
            SK Tempoyang hanya mempunyai  3 bangunan iaitu Blok Pentadbiran yang mempunyai tiga tingkat  dan terletak dibahagian  atas kawasan sekolah. Pada aras bawah blok ini menempatkan Koperasi Sekolah, Bilik PJPK, Bilik Rawatan dan Bilik PPDa, Makmal ICT, BilikBOSS, Surau Sekolah, Bilik Wuduk lelaki dan Bilik Wuduk Perempuan. Pada Aras pertama pula menempatkan Bilik Tayangan, pejabat Sekolah, Kelas Pemulihan Khas, Bilik SAL, Stor, Tandas Guru Perempuan dan Tandas Guru Lelaki. Pada Aras ke-2 menempatkan Pusat Sumber Sekolah, Bilik peperiksaan, Bilik Mesyuarat dan BilikHarmoni.
            Blok Ilmu pula mempunyai tiga tingkat dan terletak dibahagian bawah kawasan sekolah. Pada aras bawah menempatkan kelas prasekolah, Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik j-QAF,Tandas Guru Lelaki dan Tandas Murid lelaki. Pada aras pertama pula menempatkan Bilik Guru, Tahun 3UIA, kelas Tahun 2USM, kelas Tahun 1 UUM, Tandas Guru perempuan dan Tandas Muris Perempuan. Pada aras ke-2 pula menempatkan Bilik Seni Visual, Kelas Tahun 6 UTM, Kelas Tahun 5 UMS, Kelas Tahun 4 UKM, Bilik PPSMI dan Bilik Perabot.
Padang sekolah terletak berhadapan dengan bangunan sekolah dan dipisahkan oleh sebatang jalan raya menuju ke SMK Seri Lipis. Semua aktiviti sukan dan permainan di jalankan di sini. SK Tempoyang dan SMK Seri Lipis bekerjasama dalam pelbagai aktiviti seperti sukan tahunan, bola jaring, olahraga, bola baling dan bola tampar. Kebersihan padang juga di jaga bersama kecuali penyelenggaraan diurus sepenuhnya oleh SMK Seri Lipis. Namun, air akan bertakung di tengah-tengah pada apabila hujan turun dengan lebat. Situasi ini menyebabkan banyak aktiviti seperti bola sepak dan hoki tidak dapat dijalankan dengan baik.


PINTU HADAPAN SEKOLAH


PANDANGAN DARI SM SERI LIPIS








TEMPAT LETAK KERETA


BLOK ILMU


KANTIN SEKOLAH


PAVILLION DI HADAPAN BLOK PENTADBIRAN


PANDANGAN BLOK ILMU DARI BLOK PENTADBIRAN


KANTIN DAN BILIK MAKAN GURU





Tiada ulasan:

Catat Ulasan